Skip to content

QM lancar Mesin ATM Emas

Pengerusi Eksekutif Quantum Metal Sdn Bhd, Dato’ Lim Khong Soon, telah melancarkan Mesin ATM Emas pertama di dunia pada 28 Julai 2022.

Quantum Metal adalah salah satu pengedar jongkong emas terbesar di Malaysia yang menyediakan platform digital dan mengeluarkan emas premium (99.99%) kepada pasaran Malaysia. Pelanggan mempunyai pilihan pengeluaran emas yang disediakan oleh QM antaranya menebus emas secara fizikal daripada 11 cawangan Ar-Rahnu TEKUN di Malaysia, rakan kongsi perniagaan Quantum Metal, Kini QM telah mencapai kejayaan dalam mengembangkan ekosistem perniagaannya, dengan membenarkan pelanggannya menebus pengeluaran emas melalui mesin ATM Emas.

Melalui kemudahan mesin ATM ini, ahli QM mempunyai lebih banyak pilihan untuk mengeluarkan emas fizikal yang mereka simpan di dalam Akaun Simpanan Emas (GSA) mereka. Pada masa ini, pengeluaran terendah adalah dalam bentuk 1 dinar (4.25g) atau jongkong emas ditempa sebanyak 10g, sehingga maksimum sebanyak 30kg untuk setiap pengeluaran (tertakluk kepada terma dan syarat).

Mesin ATM Emas yang pertama Quantum Metal diletakkan di ibu pejabat Quantum Metal di Georgetown, Pulau Pinang dan sebuah lagi di Petaling Jaya. QM juga merancang untuk meletakkan mesin ATM Emas di lokasi lain. Quantum Metal juga merupakan salah satu pengedar eksklusif Perth Mint.

Saksikan Puan Rukhaidah Abdul Karim, pengasas Angel Group, menunjukkan cara mengeluarkan jongkong emas di mesin ATM Emas:


Untuk membuka Akaun Simpanan Emas QM, sila klik link https://bit.ly/qmnewkidin