
Kelayakan Pinjaman (Kira DSR)
DSR atau Debt Service Ratio, ialah peratusan jumlah komitmen hutang setiap bulan yang dibandingkan dengan pendapatan. Bank menggunakan Formula ratio ini untuk mengira samada seseorang tu layak atau tidak untuk mendapat pinjaman bank.
DSR = (Jumlah Komitmen Hutang / Pendapatan Bulanan) x 100
Secara amnya, untuk individu berpendapatan bersih bawah RM3000, had DSR Bank ialah 60%.
Untuk individu berpendapatan bersih melebihi RM3000, had DSR bank 70%.
DSR bawah 50% terbaik untuk memastikan pinjaman anda diluluskan.
Net Disposable Income (NDI) ialah lebihan wang setelah semua hutang ditolak.
Bank sebenarnya mahu pemohon pinjaman mempunyai minimum baki wang untuk menampung kos sara hidup.
Jumlah minimum yang dikehendaki bank adalah sekitar RM1,500 untuk pemohon menetap di bandar manakala biasanya RM1,000 untuk pemohon di luar bandar. Walau bagaimanapun, ada juga beberapa bank menetapkan NDI RM1000 bagi pemohon menetap di bandar.
Sila Hubungi Agen hartanah FMLZi anda untuk maklumat lanjut.